Posted by: asniza | September 1, 2007

Bagaimana Memperkenalkan Makanan Pelengkap Kepada Bayi

Menjadi seorang ibu atau bapa, kita harus bersedia untuk belajar bersama bayi perkara-perkara baru. Pengenalan kepada makanan pelengkap merupakan satu lagi langkah untuk bayi keluar dari zon selamat di dalam rahim. Apa yang bayi anda makan akan memberikan kesan yang amat mendalam terhadap perkembangan simanja anda di tahun pertama kehidupannya.Perkenalkan bayi anda makanan pelengkap setelah bayi betul-betul bersedia . Gunakan peralatan yang betul dengan jenis, tekstur dan kuantiti makanan yang sesuai. Berikut adalah panduan ringkas pemberian makanan pelengkap kepada bayi.

Apa Yang Anda Perlu Anda

  • Sudu plastik bersaiz kecil
  • Anda juga boleh menggunakan hujung jari anda untuk menyuap bayi. Celupkan jari anda (yang telah dibasuh bersih) ke dalam makanan bayi dan biarkan bayi menjilat dan menghisapnya.
  • Bekas makanan yang sesuai
  • Bib (napkin makan bayi) untuk bayi yang besar sedikit.

Amaran : Jangan menggunakan botol susu yang dibesarkan lubangnya untuk memberi makanan pelengkap kepada bayi (rujuk topik “Memberi Makan Dengan Botol Susu” di bawah).

Cara Memberi Bayi Makan

  • Waktu yang terbaik untuk anda mula memberi makanan pejal ialah bila bayi tidak terlalu lapar dan belum lagi kenyang.
  • Pilih hari hujung minggu, waktu pagi setelah bayi bangun tidur untuk mula memberi bayi makan.
  • Bersihkan tangan dan peralatan sebelum menyediakan dan memberi makan bayi.
  • Dudukkan bayi di pangkuan anda atau dikerusi makan yang sesuai dengan umurnya.
  • Galakkan bayi membuka mulutnya sendiri dengan meletakkan jari anda atau sudu yang berisi sedikit makanan di tepi bibirnya supaya bayi menjilat makanan tersebut.
  • Selepas bayi membuka mulut, suapkan makanan dengan meletakkannya di lidahnya.
  • Biar bayi telan sebelum meneruskan suapan seterusnya.
  • Lihat pada tanda-tanda penolakan untuk berhenti memberi bayi makan. Itu tandanya bayi anda sudah kenyang .
  • Jangan memaksa jika bayi tidak mahu membuka mulut dan tidak berminat untuk makan. Cuba lagi lain kali dan teruskan penyusuan eksklusif seperti biasa.
  • Jangan risau jika anda lihat najis bayi anda akan berubah tekstur, warna dan juga bau selepas dia mula makan makanan pejal. Jika najisnya keras, hentikan dahulu pemberian makanan yang menyumbang kepada sembelit tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: