Posted by: asniza | Januari 2, 2008

Bayi Menyusu Perlu Melekap Dengan Betul

Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, anda perlu tahu teknik yang betul untuk menyusukan bayi anda… pelekapan yang salah, mungkin boleh menyebabkan puting anda tercedera dan bayi juga mungkin tidak dapat menyusu dengan berkesan…

Posisi penyusuan susu ibu:
Bagi memastikan bayi selesa:
  • Bayi tenang tidak menangis
  • Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
  • Perut bayi bertemu perut ibu.
  • Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
  • Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
  • Punggung bayi diampu.

Image

Tanda-tanda pelekapan yang berkesan:
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh buah dada.
  • Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
  • Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
  • Tekak bayi bergerak tanda menelan.
  • Ibu mungkin mendengar bayi menelan.
Elakkan…
  • ‘mengejar’ bayi dengan payudara
  • memegang payudara dengan jari-jari membentuk seakan gunting
  • tidak menyokong payudara
  • menolak dagu bayi ke bawah untuk menyuruhnya membuka mulut
  • hidung bayi tersentuh dahulu kepada payudara bukannya dagu bayi
  • tidak menggerakkan bayi secepatnya apabila bayi membuka mulut
  • menolak payudaranya ke kiri dan kanan, ke atas dan bawah

sumber: ratuhati.com

Makanan Yang Sesuai

Antara makanan yang seuai dijadikan makanan pertama bayi ialah

  • Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
  • Pisang lenyek
  • Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
  • Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
  • Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa

Jangan campurkan lebih daripada satu jenis makanan buat permulaan kerana jika alahan berlaku anda mudah mengesan makanan yang patut dielakkan. Perkenalkan makanan satu demi satu dan tunggu 4 hingga 7 hari sebelum mencuba makanan lain.

Tekstur Yang Sesuai

  • Untuk permulaan, makanan bayi hendaklah dikisar halus.
  • Anda juga boleh menggunakan penapis halus untuk menapis makanan sambil melenyeknya.
  • Cairkan makanan dengan menggunakan susu ibu atau susu formula yang bersesuaian.
  • Tambahkan kepekatannya apabila anak anda telah menerima dengan baik tekstur makanan tersebut.

Kuantiti Yang Sesuai

  • Mulakan dengan sesudu hingga dua sudu makanan yang dicairkan sehari sekali.
  • Tambahkan kuantitinya jika bayi anda masih ingin makan.
  • Jangan terlalu banyak kerana makanan pelengkap bukan diet utama bayi. Sumber khasiat bayi yang utama sepatutnya datang daripada susu.

sumber : ratuhati.com

Posted by: asniza | Januari 2, 2008

Memberi Makan Dengan Botol Susu

Walaupun makanan pertama bayi anda sangat cair, anda tidak boleh menggunakan botol susu yang dibesarkan lubang putingnya untuk memberinya makan. Penggunaan botol susu untuk memberi makanan boleh menyebabkan bayi tercekik kerana bayi tidak dapat mengawal makanan tersebut. Ia juga melambatkan proses bayi belajar menggigit, mengunyah, menelan, menunggu untuk suapan seterusnya dan berhenti apabila kenyang. Ia juga melambatkan untuk bayi belajar kemahiran yang berkaitan dengan otot-otot lidah seperti kemahiran bertutur.Jika bayi anda tidak bersedia untuk makan dengan menggunakan sudu, maka dia belum juga bersedia untuk makan makanan pelengkap. Ingat, botol susu hanya untuk susu atau air kosong sahaja, bukan untuk makanan dan bukan juga untuk jus.

Posted by: asniza | Januari 2, 2008

Sebelum Mulakan Latihan Potty

Sebelum sesi latihan ke tandas dimulakan… anda boleh mula panaskan badan anak anda dulu… taklah member terkujatkan….Terangkan tentang fungsi asas badan (dan tandas!)… Masa salin lampinnya, katakan… “Bila adik makan, badan ambil sikit makanan tu, lebihnya kena buang… jadi yak atau kencing. Macam sampah…”

Biar dia lihat anda buang air di tandas. Tutup yang perlu ditutup. Katakan… “Mama yak atas ni… kakak yak atas tu” (tunjuk potty dia.)

Bila dia buang air besar dalam lampin, bawa dia ke tandas… tunjukkan anda buang najis dia ke dalam lubang tandas… katakan… “Ni tempat buang yak kakak…” Biar dia tahu, lampin bukan tempat najis, tempat najis adalah lubang tandas..

Lakonkan adegan anak patungnya atau apa-apa patung binatang gunakan potty… Mungkin sambil tu anda boleh nyanyikan lagu khas.. tak perlu lirik yang puitis atau berima, cukup sekadar lirik ciptaan ibu sendiri yang entah apa-apa, janji anak anda suka (alah dia mesti suka punya! kan..). Biar dia tengok potty tu rileks dan menyeronokkan..

Latih anak duduk atas potty… Seelok-eloknya pagi-pagi sebelum dia mandi, atau sebelum dia tidur, minta dia duduk di pottynya… tapi jangan lah harap terus dia nak… sekurang-kurangnya bila tiba masa latihan betul nanti tak lah jenuh sangat kita nak menyuruh dia duduk atas potty….

dari ratuhati.com

Posted by: asniza | September 1, 2007

Bagaimana Memperkenalkan Makanan Pelengkap Kepada Bayi

Menjadi seorang ibu atau bapa, kita harus bersedia untuk belajar bersama bayi perkara-perkara baru. Pengenalan kepada makanan pelengkap merupakan satu lagi langkah untuk bayi keluar dari zon selamat di dalam rahim. Apa yang bayi anda makan akan memberikan kesan yang amat mendalam terhadap perkembangan simanja anda di tahun pertama kehidupannya.Perkenalkan bayi anda makanan pelengkap setelah bayi betul-betul bersedia . Gunakan peralatan yang betul dengan jenis, tekstur dan kuantiti makanan yang sesuai. Berikut adalah panduan ringkas pemberian makanan pelengkap kepada bayi.

Apa Yang Anda Perlu Anda

  • Sudu plastik bersaiz kecil
  • Anda juga boleh menggunakan hujung jari anda untuk menyuap bayi. Celupkan jari anda (yang telah dibasuh bersih) ke dalam makanan bayi dan biarkan bayi menjilat dan menghisapnya.
  • Bekas makanan yang sesuai
  • Bib (napkin makan bayi) untuk bayi yang besar sedikit.

Amaran : Jangan menggunakan botol susu yang dibesarkan lubangnya untuk memberi makanan pelengkap kepada bayi (rujuk topik “Memberi Makan Dengan Botol Susu” di bawah).

Cara Memberi Bayi Makan

  • Waktu yang terbaik untuk anda mula memberi makanan pejal ialah bila bayi tidak terlalu lapar dan belum lagi kenyang.
  • Pilih hari hujung minggu, waktu pagi setelah bayi bangun tidur untuk mula memberi bayi makan.
  • Bersihkan tangan dan peralatan sebelum menyediakan dan memberi makan bayi.
  • Dudukkan bayi di pangkuan anda atau dikerusi makan yang sesuai dengan umurnya.
  • Galakkan bayi membuka mulutnya sendiri dengan meletakkan jari anda atau sudu yang berisi sedikit makanan di tepi bibirnya supaya bayi menjilat makanan tersebut.
  • Selepas bayi membuka mulut, suapkan makanan dengan meletakkannya di lidahnya.
  • Biar bayi telan sebelum meneruskan suapan seterusnya.
  • Lihat pada tanda-tanda penolakan untuk berhenti memberi bayi makan. Itu tandanya bayi anda sudah kenyang .
  • Jangan memaksa jika bayi tidak mahu membuka mulut dan tidak berminat untuk makan. Cuba lagi lain kali dan teruskan penyusuan eksklusif seperti biasa.
  • Jangan risau jika anda lihat najis bayi anda akan berubah tekstur, warna dan juga bau selepas dia mula makan makanan pejal. Jika najisnya keras, hentikan dahulu pemberian makanan yang menyumbang kepada sembelit tersebut.

Kategori